Thursday, April 8, 2010

Darjat Al-Quran

“Sayang, tengok ni. Cantiknya Al-Quran ni.. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran” teriak Aminah kepada Amin..

“Kat sini pun cantik juga. Warna hijau pucuk pisang. Mana satu ye kita nak belikan ni??” balas Amin.

Mereka akan melangsungkan perkahwinan tak lama lagi. Semua hantaran dah lengkap tetapi masih tertinggal satu lagi hantaran yang masih tercari-cari iaitu Al-Quran yang bakal dijadikan hantaran semasa perkahwinan mereka nanti.

“Wow, yang ni lagi best! Ada terjemahan arab lagi tu!” keluh Aminah.

“Ala, sayang bukan reti bahasa arab pun..”
jawab Amin. Sambil tergelak Aminah. Dalam hatinya berbunga-bunga rasanya sebab dapat calon suami seperti Amin. Ambil berat dan prihatin.

“Apa yang encik carikan tu? Kelihatan seronok nampaknya...”
tegur seorang pak cik berbaju putih. Jaluran hijau ke bawah menyerlahkan lagi seri wajah seorang pakcik lebih kurang lingkungan 40-an.....

“Oh, kami cari Al-Quran! Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid katakan..”
sengih Amin. Aminah ikut senyum malu kucing tidak jauh dari situ...

“Oh.. Baguslah. Encik selalu baca waktu bila?”
pakcik menyoal sambil tersenyum.

“Aa.. aa..aa.. lama dah saya tak baca, pakcik“
teragak-agak Amin menjawab. Aminah sudah di sebelah rak yang lain ibarat kepala kura-kura masuk dalam cengkerang.

“Kalau begitu,pak cik cadangkan tak perlu lah encik beli Al-Quran kalau sekadar nk jadikan hantaran. Kesian Al-Quran. Itu bukan kitab hiasan atau hantaran, encik”
tegur pakcik berhemah.

“Alah, pakcik ni!! Kacau pula urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la!!”
tiba-tiba Aminah muncul dengan selamba menjawab...pak cik ni......orang makan rojak pak cik minum ayaq batu campuq,orang x ajak,pak cik masuk campuq!! Jawapan yang angkuh dari Amin...

“Oh, baguslah. Kalau macam tu belilah tafsir Ar-Rahman. Ada tafsiran lagi”
cadangan pakcik saja. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid..

“Ala, besar lah pakcik. Kami nak pilih yang ni. Kiut lagi”
senyum Aminah mengangkat bungkusan Al-Quran warna hijau pucuk pisang. Saiznya kecil dan mudah.

“Jangan lupa baca ya!!”
pakcik dengan selamba berkata sambil meninggalkan pasangan tersebut...

“Sibuk betul pakcik tu”
Aminah mengomel manja.

Amin kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba dalam keadaan mereka tengah berseronok dengan dunia ciptaan mereka..

Tibalah hari yang dinanti-nantikan. Mereka sudah bersolek persis seorang raja dn permaisuri ketika hari pertabalan.. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan melalui ijab dan kabul. Amin dan Aminah tidak sabar-sabar menantikan ungkapan indah tersebut. Pak imam melangkah masuk dengan bergaya.

“Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam memecah keheningan dn memberhentikan suara-suara sumbang dalam masjid.

Amin bagaikan mati hidup semula. Dirinya terkeju dan kaget. Jantungnya bagai gugur serta merta...Peluhnya membasahi seluruh badannya.Bukan taku atau gentar kepada lafaz ijab dan kabul tetapi semuanya gara-gara terkesima melihat imam seiras lelaki hari tu.. Bagaikan tidak percaya apa yang dipandangnya insan yang berada di hadapannya. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih.

“Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Taufiq.

“Ya,pak.... Ustaz.. khabar baik, pak... usta.. ustazz..” jawab Amin mengigil seperti orang kesejukan. Aminah juga terkebil-kebil dan ibarat cacing kepanasan melihat batang tubuh orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.

“Oh, sebelum tu, saya mahu mendengar bacaan adik Amin. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dan ALLAH akan merahmati majlis ini apabila kita mendengar alunan suci Al-Quran dari pengantin” cadang Ustaz Taufiq. Kelihatan orang ramai mengiyakan tanda bersetuju. Maklumlah, ustaz Taufiq merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.

Amin menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.

“Ss.. su.. surah apa ustaz?” Amin cuba mengagahkan diri. Aminah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.

“Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d” kata ustaz Taufiq sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi.

Surah Ar Ra'd

“Apa benda nih” detik hati Amin bermonolog.

“Bismillahirrahmaani rrahim..ALL. .MAA... RIII..!!” berlagu Amin antara dengar dan tidak..

Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Aminah merah padam wajahnya menahan malu. Aminah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas atau bersembunyi..


“Baru ustaz tahu rupa-rupanya ada kalimah almari di dalam Al-Quran. Adik Amin, cara bacanya seperti ini : A’uzubillahiminnassya itaanirrajim. . Bismillahirrahmanir rahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA..” kedengaran suara gemersik merdu alunan Ustaz Taufiq. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama Al-Quran bacaannya...

Amin berasa seperti kilat menyambar kepalanya.

“Amin, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu Al-Quran!! Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina Al-Quran. Beli Al-Quran kemudian menyimpan di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim” tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Taufiq.


“Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Amin, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab Al-Quran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh Al-Quran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan Al-Quran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya..” penutup Ustaz Taufiq sudah dikagumi orang terutama yang pernah mengikuti ceramahnya.

Hari semakin cepat berlalu.Selepas peristiwa itu Amin selalu mendampingi Al-Quran..

Amin sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab Al-Quran yang menjadi hantaran perkahwinan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.

Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Amin. SMS dari ustaz Taufiq masuk dalam fon amin.. Aminah tersenyum disisi suaminya, Amin..


-------------------------------------------------------------------------------------------------


Sekadar Perkongsian


Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'When a man dies and his
relatives are busy in funeral, there stands an extremely handsome man by
his head. When the dead body is shrouded, that man gets in between the
shroud and the chest of the deceased.


Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki
itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang
betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu
berada di antara kain kapan dan si mati.


Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan
Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya
mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai
ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata,
Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang
diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah
tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia
dimasukkan ke dalam Syurga.'


Thereafter he turns to his dead companion and says, 'I am the Qur'an,
which you used to read, sometimes in a loud voice and sometimes in a low
voice. Do not worry. After the interrogation of Munkar and Naker, you will
have no grief.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku
adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara
yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang.
Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'


When the interrogation is over, the handsome man arranges for him from
Al-Mala'ul A'laa (the angels in Heaven) silk bedding filled with musk....


Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada
Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang
dipenuhi bauan kesturi

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'On the Day of Judgement,
before Allah, no other Intercessor will have a greater status than the
Qur'an, neither a Prophet nor an angel.'


Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di
hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran,
mahupun dari nabi atau malaikat.'....

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP