Monday, February 28, 2011

Harakah Cinta

Para da’i menghadapi jalanan yang berliku penuh dengan onak dan duri dalam merentasi perjalanan dakwah. Setiap insan yang bergelar da’I sudah pasti memerlukan sesuatu bekalan yang amat penting yang akan menentukan sejauh mana keteguhan pendirian mereka dalam meneruskan perjuangan. Bekalan penting tersebut ialah pertolongan dan bimbingan dari Allah. Hal ini jelas apabila kita dapat menghayati sirah perjuangan nabi Muhammad.

Hidup sebagai pendakwah ini penuh dengan palbagai susah dan duka. Setiap mehnah akan datang silih berganti sehinga kadang-kadang kita akan merasa diri kita terlalu lemah dan tidak berdaya dalam menanggung derita yang kita hadapi ketika berdepan dengan musuh-musuh yang menghalang kita dalam menegakkan keadilan dan menumbangkan kebatilan. Perjuangan ini memerlukan semangat jihad yang tinggi dalam mendaulatkan kalimah Allah dan menyampaikan risalah Islam.

Dalam konteks perjuangan ini kita mesti akan dikenakan dengan dogma-dogma negatif sehingga membuatkan kita tenggelam timbul dalam dunia ciptaan kita seperti mabuk cinta, terlalu mengejar harta yang fana,sibuk memenuhi kehendak nafsu syahwat. Nabi Isa pernah berkata :

“Sesiapa yang menjadi dunia laksana Tuhannya nescaya dunia akan memperlakuknnya laksana hambanya”

Orang yang hatinya berpaut kuat kerana Allah tidak akan ada ruang dalam sudut hatinya untuk mencintai yang lain selain cinta kepada Allah. Kalau cinta kepada sesiapa maka cintanya itu adalah kerana Allah sama ada kasih kepada saudara, suami, anak atau sapa-sapa sahaja. Sikapnya tidak seperti orang yang diberi amaran oleh Allah dalam firmanNya:

Katakanlah: “ Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara mara, isteri-isteri, kaum keluargamu,harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri akan mengalami kerugian, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada ALLAH dan rasul dan berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusannya, dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang fasiq” –(Surat At-Taubah;Ayat 24)

Rasulullah menjelaskan dalam hadis baginda yang mafhumnya berbunyi :

“seseorang tidak akan mencapai darjat iman sehinggalah Allah dan RasulNya lebih ia kasihi dari segala yang lain.”

Antara doa baginda ialah : “ Ya, Allah aku memohon kasih sayangmu. Aku memohon kasih sayang orang yang menyayangiMu. Aku memohon kecenderungan mengerjakan perbuatan yang mendekatkan aku pada kasih sayangMu.”

Di antara bukti kasih sayang seseorang terhadap Tuhannya ialah ia sibuk mengambil hatiNYA. Ia merasa lazat beribadah kepadaNya. Dalam waktu yang sama ia amat ghairah untuk bermunajat kepada Allah.

Apabila malam merangkak , suasana mula remang dan gelap, hamparan dibentang dan kasur ditegakkan, setiap kekasih menyendiri dengan kekasihnya. Golongan hambaKU ini menegakkan lutut mereka untuk beribadah kepada Allah. Wajah mereka akan mencecah lantai bumi kerana bersujud kepada Allah. Curahan kata dan untaian tasbih memuji sentiasa dilontarkan untuk Allah. Mereka sentiasa mensyukuri atas nikmat yang Allah berikan. Waktu malam mereka akan berhabis dalam sedu sedan mengenangkan segala dosa dan penyesalan atas apa yang mereka lakukan. Segala kesukaran yang dilakukan adalah semuanya kerana kecintaan terhadap Allah. Segala rintihan dan keluhan Allah tidak sedikit pun mengabaikan. Ganjaran paling utama yang Allah anugerahkan ialah:

1. Akan dipancarkan dalam hati cahaya yang bersinar-sinar supaya dunia ini indah dengan cahaya Allah dan Allah akan menyebut pula hal meraka sentiasa.

2. Kalau langit , bumi, dan segala isinya di sebelah pihak yang bersetentangan dengan mereka nescaya akan Allah utamakan mereka ini dari langit dan bumi.

3. Seluruh wajah Allah akan Allah hadapkan kea rah mereka. Inilah dikatakan mendapat perhatian khas dari Allah. Secara tidak langsung akn menerima tarbiyyah Allah.

Hal ini demikian, adalah merupakan penyelamat dalam kancah nifaq,syirik, riya’, suka menonjolkan diri dan runtuhnya nilai serta barakah bagi amalan seseorang.

Read more...

About This Blog

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP