Tuesday, September 6, 2011

Dendam TNC HEP

Semua orang tahu Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) adalah badan induk mahasiswa yang diiktiraf oleh mahasiswa dan universiti. Bahkan, MPMUM adalah badan sah; dipilih sendiri oleh mahasiswa dalam pemilihan perwakilan pelajar yang dijalankan secara rasmi setiap tahun.

Tetapi apa yang tidak diketahui umum ialah badan MPMUM telah pun menjadi asing di tempat sendiri. Malah, amat memalukan apabila mereka dihalang terlibat secara menyeluruh dalam Minggu Haluan Siswa Universiti Malaya yang sedang berlangsung bermula 4 hingga 9 September ini.

Alasan yang diberikan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar ialah mereka telah melatih 300 orang Pembantu Mahasiswa bagi menjalankan tugas sepanjang minggu orientasi. Beliau juga mendakwa keterlibatan MPMUM dalam minggu orientasi adalah tidak perlu dan hanya membuat 'kacau'.

Terdapat beberapa persoalan yang menjadi tanda tanya berikutan tindakan TNC HEP ini. Apakah relevan MPMUM sebagai badan mahasiswa yang sah dinafikan hak untuk menjalankan perkhidmatan mereka dalam minggu orientasi?

Terdapat juga beberapa staf di fakulti dan Kolej Kediaman yang hairan dengan tindakan HEP yang menyifatkan tindakan mereka ini sebagai 'pelik' dan tidak masuk akal.

Juga yang menjadi tanda tanya, adakah arahan langsung dari TNC HEP supaya tidak membenarkan ahli MPMUM terlibat dalam minggu orientasi ini berbaur dendam?

Jika kita melihat kronologi perjalanan MPMUM yang dimenangi oleh Pro-Mahasiswa pada pemilihan Februari lalu, tanda tanya ini mungkin ada benarnya. Dendam TNC HEP terhadap kemenangan kumpulan Pro-Mahasiswa nampaknya belum berakhir bermula awal kemenangan sehingga akhir sesi kepimpinan.

Bermula awal kepimpinan lagi regim HEP memulakan agenda 'membalas dendam' terhadap kemenangan Pro-Mahasiswa. Bermula dengan melambat-lambatkan pengesahan kemenangan, penggantungan kemenangan ke atas 2 Calon Umum, kelewatan pembentukan kabinet dan pemberian watikah pelantikan sehingga mengambil tempoh 2 bulan setelah pemilihan.

Jika ia benar, pengiktirafan Universiti Malaya sebagai universiti terbaik di dalam negara dan di peringkat dunia layak saja dibakulsampahkan. Bahkan hal ini layak dilakukan kerana 'universiti terbaik' ini dalam masa yang sama juga gagal mengangkat nilai-nilai demokrasi, hak asasi manusia dan nilai-nilai sejagat yang seharusnya diberi pengiktirafan.

Read more...

Thursday, July 7, 2011

Jangan 'Perkudakan' Mahasiswa

Fenomena gelombang kuning saban hari semakin bergelora melanda seluruh negara. Bahkan kita telah melihat pelbagai respon dari masyarakat bermula dari golongan bawahan sehingga kepada golongan akademik dan intelektual. Hal ini telah menampakkan kepada kita bahawa Bersih 2.0 mampu mencetus satu perubahan yang diidamkan untuk pentadbiran negara. Pelbagai respon sama ada positif atau negatif telah menerjah minda masyarakat melalui pelbagai medium media.

Hari ini, jelas kita lihat bahawa gelombang Bersih 2.0 telah pun merebak ke dalam kampus. Bagi saya secara peribadi, ini merupakan satu perkara yang amat positif sebagai tanda bahawa mahasiswa Malaysia juga merupakan salah satu entity rakyat yang mempunyai peranannya yang tersendiri. Namun begitu, apa yang amat mengecewakan saya apabila melihat ada pihak yang cuba mempolitikkan Bersih 2.0 sehingga sanggup memperguna dan memperbodohkankan mahasiswa dalam usaha menentang Bersih 2.0 dan secara tidak langsung berusaha untuk menutup ruang kepada golongan pro Bersih 2.0.

Dari sumber yang dipercayai, terdapat pihak yang telah ‘menyuap’ mulut mahasiswa dengan sejumlah duit supaya turun berdemontrasi sebagai tanda kebencian dan menolak Bersih 2.0. Saya telah difahamkan pihak Timbalan Naib Canselor Hal ehwal Pelajar dari sebuah Institut Pangajian Tinggi Awam telah mengarahkan mahasiswa untuk berdemontrasi sebagai penyokong anti Bersih dan dibayar kepada sesiapa yang turun demontrasi tersebut. Pembayaran itu dilakukan bertujuan untuk menarik mahasiswa turun dan meramaikan demontrasi tersebut. Mereka tahu mahasiswa tidak mempunyai kewangan yang mencukupi dalam menampung kos pembelajaran dan mereka menggunakan duit tersebut untuk memancing mahasiswa supaya turun.

Saya berpendapat perkara ini tidak wajar berlaku kerana mahasiswa adalah golongan cendekiawan lebih-lebih lagi pentadbiran universiti dan mahasiswa tidak sepatutnya diperbodohkan sebegini rupa. Tindakan ini adalah amat tidak wajar kerana perbuatan ini ibarat memberi rasuah kepada mahasiswa dalam melakukan sesuatu aktivti dan ia juga bertentangan dengan nilai dan prinsip sebagai seorang mahasiswa itu sendiri. Bagi saya, mahasiswa sudah terdidik dan mamp berfikir baik atau buruk sesuatu perkara. Mahasiswa mampu untuk menilai sendiri berteraskan ilmu dan akal dalam menentukan sesuatu tindakan.

Secara peribadi, saya berpendapat perhimpunan ini adalah perhimpunan yang menghimpunkan rakyat dalam menyatakan pendirian rakyat terhadap pilihan raya yang telus dan adil di negara ini. Jadi, saya tidak melihat di mana salahnya sekiranya mahasiswa juga turut menyertai sebagai tanda cintakan Malaysia. Kita semua sedia maklum bahawa Malaysia mengamalkan sistem demokrasi dan kepimpinan negara dipilih oleh rakyat dalam sesi pilihanraya yang diadakan setiap 4 tahun sekali.

Justeru, sekali lagi saya menyatakan bahawa perbuatan memperbodohkan mahasiswa adalah satu perbuatan yang sangat biadap dan melanggar hak asasi bagi seorang mahaiswa itu sendiri. Buat pengetahuan semua,mahasiswa adalah satu entiti dari masyarakat dan kebebasan juga harus diberikan kepada mana-mana pihak. Perhatian buat mana-mana pentadbiran univeriti yang ingin memperkudakan mahasiswa,jika perkara ini masih berlaku mahasiswa tidak teragak-agak untuk memastikan pentadbiran universiti juga “dibersihkan”.

Saya melihat isu ini tidak perlu diperbesarkan dan berilah ruang kepada pihak Bersih untuk menganjurkan perhimpunan tersebut. Saya juga berharap supaya mana-mana pihak berhenti daripada membuat sebarang provokasi sama ada dari pihak Bersih atau pihak berkuasa. Jika kerajaan berada di pihak yang benar,sila benarkan rakyat untuk berhimpun dan beri keizinan kepada rakyat untuk berkempen serta memberi penerangan kepada yang lain. Justeru,jika kedua-dua pihak saling bekerjasama kita akan melihat satu perubahan ke arah negara yang lebih aman dan harmoni.

Read more...

Monday, February 28, 2011

Harakah Cinta

Para da’i menghadapi jalanan yang berliku penuh dengan onak dan duri dalam merentasi perjalanan dakwah. Setiap insan yang bergelar da’I sudah pasti memerlukan sesuatu bekalan yang amat penting yang akan menentukan sejauh mana keteguhan pendirian mereka dalam meneruskan perjuangan. Bekalan penting tersebut ialah pertolongan dan bimbingan dari Allah. Hal ini jelas apabila kita dapat menghayati sirah perjuangan nabi Muhammad.

Hidup sebagai pendakwah ini penuh dengan palbagai susah dan duka. Setiap mehnah akan datang silih berganti sehinga kadang-kadang kita akan merasa diri kita terlalu lemah dan tidak berdaya dalam menanggung derita yang kita hadapi ketika berdepan dengan musuh-musuh yang menghalang kita dalam menegakkan keadilan dan menumbangkan kebatilan. Perjuangan ini memerlukan semangat jihad yang tinggi dalam mendaulatkan kalimah Allah dan menyampaikan risalah Islam.

Dalam konteks perjuangan ini kita mesti akan dikenakan dengan dogma-dogma negatif sehingga membuatkan kita tenggelam timbul dalam dunia ciptaan kita seperti mabuk cinta, terlalu mengejar harta yang fana,sibuk memenuhi kehendak nafsu syahwat. Nabi Isa pernah berkata :

“Sesiapa yang menjadi dunia laksana Tuhannya nescaya dunia akan memperlakuknnya laksana hambanya”

Orang yang hatinya berpaut kuat kerana Allah tidak akan ada ruang dalam sudut hatinya untuk mencintai yang lain selain cinta kepada Allah. Kalau cinta kepada sesiapa maka cintanya itu adalah kerana Allah sama ada kasih kepada saudara, suami, anak atau sapa-sapa sahaja. Sikapnya tidak seperti orang yang diberi amaran oleh Allah dalam firmanNya:

Katakanlah: “ Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara mara, isteri-isteri, kaum keluargamu,harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri akan mengalami kerugian, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada ALLAH dan rasul dan berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusannya, dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang fasiq” –(Surat At-Taubah;Ayat 24)

Rasulullah menjelaskan dalam hadis baginda yang mafhumnya berbunyi :

“seseorang tidak akan mencapai darjat iman sehinggalah Allah dan RasulNya lebih ia kasihi dari segala yang lain.”

Antara doa baginda ialah : “ Ya, Allah aku memohon kasih sayangmu. Aku memohon kasih sayang orang yang menyayangiMu. Aku memohon kecenderungan mengerjakan perbuatan yang mendekatkan aku pada kasih sayangMu.”

Di antara bukti kasih sayang seseorang terhadap Tuhannya ialah ia sibuk mengambil hatiNYA. Ia merasa lazat beribadah kepadaNya. Dalam waktu yang sama ia amat ghairah untuk bermunajat kepada Allah.

Apabila malam merangkak , suasana mula remang dan gelap, hamparan dibentang dan kasur ditegakkan, setiap kekasih menyendiri dengan kekasihnya. Golongan hambaKU ini menegakkan lutut mereka untuk beribadah kepada Allah. Wajah mereka akan mencecah lantai bumi kerana bersujud kepada Allah. Curahan kata dan untaian tasbih memuji sentiasa dilontarkan untuk Allah. Mereka sentiasa mensyukuri atas nikmat yang Allah berikan. Waktu malam mereka akan berhabis dalam sedu sedan mengenangkan segala dosa dan penyesalan atas apa yang mereka lakukan. Segala kesukaran yang dilakukan adalah semuanya kerana kecintaan terhadap Allah. Segala rintihan dan keluhan Allah tidak sedikit pun mengabaikan. Ganjaran paling utama yang Allah anugerahkan ialah:

1. Akan dipancarkan dalam hati cahaya yang bersinar-sinar supaya dunia ini indah dengan cahaya Allah dan Allah akan menyebut pula hal meraka sentiasa.

2. Kalau langit , bumi, dan segala isinya di sebelah pihak yang bersetentangan dengan mereka nescaya akan Allah utamakan mereka ini dari langit dan bumi.

3. Seluruh wajah Allah akan Allah hadapkan kea rah mereka. Inilah dikatakan mendapat perhatian khas dari Allah. Secara tidak langsung akn menerima tarbiyyah Allah.

Hal ini demikian, adalah merupakan penyelamat dalam kancah nifaq,syirik, riya’, suka menonjolkan diri dan runtuhnya nilai serta barakah bagi amalan seseorang.

Read more...

Thursday, January 13, 2011

PRK : Semboyan Perang

Pilihanraya Kampus kali ini,gelombang mahasiswa akan berombak ibarat tsunami di setiap kampus seluruh Malaysia.Pelbagai tuntutan akan dilakukan untuk memastikan pilihanraya yang dijalankan di setiap kampus berjalan dengan bersih dari segala ancaman dan tangan-tangan ghaib yang akan merosakkan ketelusan sistem pilihanraya tersebut. Saya mencadangkan agar pihak pentadbiran universiti atau pun badan pelaksana pilihanraya perlu melanjutkan tempoh kempen untuk Pilihan Raya Kampus (PRK) sehingga seminggu.

Tempoh kempen yang ditetapkan untuk tahun lepas terlalu singkat dan amat tidak bertepatan dengan kehendak mahasiswa.

“Kalau di Universiti Malaya (UM) tahun lalu, 2 hari 1 malam… Perkara ini juga turut berlaku kat Universiti Putra Malaysia (UPM) dimana mereka hanya dibenar berkempen selama 1 hari sahaja tanpa menggunakan apa sahaja media yang ada.Jadi kita nak tahun ini diselaraskan (tempoh berkempen),”

Tempoh panjang bagi sesi kempen calon amat perlu bagi setiap pengundi atau mahasiswa kerana mereka dapat menilai prestasi dan peribadi setiap calon yang bertanding.

“Tempoh yang matang untuk menilai lebih efiksyen setiap calon memang tidak padan dengan hanya tempoh 2-3 hari sahaja.”

“Sekurang-kurangnya perlu satu minggu, paling tidak pun lima hari.”.

Read more...

About This Blog

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP