Saturday, May 8, 2010

Warkah Dari Bonda..............

ASSALAMUALAIKUM..............


Untuk anak-anak yang mak sangat rindukan.. Masa berlalu sangat cepat sekali. Mak teringat sangat kerenah adik yang suka sangat main doktor-doktor. Sampaikan corong air mak pun adik guna main doktor-doktor.. "Mak!!!Mak!!!Mak!!!adik sakit mak!!! Adik minat sangat nak jadi tapi makla yang selalu jadi doktor untuk adik.. Doktor yang ada pada bila-bila masa yang diperlukan.. "ala,adik ni..sakit sikit je pun..tu pun nk mengadu.." kata along.. "xpa..masa adik sakit mak yang jadi doktor untuk adik,boleh..." kata mak.. "nanti,adik nak belajar rajin-rajin,bila besar nanti adik nak jadi doktor.bila mak skit adik boleh berubat mak.." kata adik...

Kadang kala mak bertanya.... "adakah nanti anak-anak mak boleh lakukan perkara yang sama kepada mak??" Mak minta maaf segalanya kerana mendesak along dan adik untuk belajar rajin-rajin dan bersungguh-sungguh.. Adik rajin tapi along selalu merungut.. Suatu hari tu....along merungut lukisan along tak cantik dan cuba tolong along... Walaupun along cakap lukisan along tak cantik,pada mak itulah lukisan yang paling cantik yang mak lihat..

Along nak jadi jurugambar.. Along kata nak ambil gambar kita sekeluarga. Sekarang along sudah berjaya menjadi seorang jurugambar yang berjaya tetapi......sampai sekarang along masih belum ambil gambar kita sekeluarga... Kring!!kring!! "Assalamualaikum,mak..along bz nie...sat lagi along call mak blik.." kata along.. "Waalaikumussalam..along belum.......tut...tut...tut... ambil gambar kita sekeluarga.." kata mak... Sementara itu lukisan along tu mak masih gantung kat dalam bilik mak...itulah satu-satunya lukisan along gambar kita sekeluarga yang kita ada..

Masa berlalu dengan begitu pantas sekali.. Along dan adik sudah berjaya.. Masing-masing sibuk dengan kerja-kerja masing.. Cuma kadang kala bukan mak tak tahu along dan adik sibuk cumanya mak terasa sunyi sangat sorang-sorang kat rumah.. Orang da cakap mak gila tunggu anak-anak setiap hari tapi pada mak itulah hiburan mak.. Selalu juga mak mendail separuh jalan takut sangat mengganggu along dan adik.. Mak tahu,anak-anak mak sibuk...

Tapi suatu hari mak memang terdesak sangat...Koh!!Koh!!Koh!! sakit mak semakin teruk... mak call anak-anak mak..tapi seperti biasa...anak-anak mak sibuk sangat.. kring!!kring!!!kring!!!! "Assalamualaikum,mak...mak sihat??" Tanya adik.. "mak sihat..cumanya..............koh!!koh!!koh!!koh!!!" balas mak..."mak..sat lagi adik call mak sumula ye..ada pesakit tunggu nie..k..Assalamualaikum.." kata adik mengakhiri perbualan..

Bila mana mak rasa pohon hujung sudah tiba,emak cuma nak ucap,mak rindukan sangat along dan adik.. "Jika berdosa mak besarkan kalian berdua,jika salah mak asuh along dan adik,sebelum mata emak terpejam selama-lamanya,mak pohon dari along dan adik ampunkanlah mak.....Pulanglah ziarah pusara mak sebagai tanda ingatan along dan adik terhadap emak..."



SAKIT..... KEAMPUNAN...... TAKUT.... TINGGAL..... KENANGAN..... SEKADAR HARAPAN... PENYESALAN.... SIBUK.....


ADAKAH BERGUNA UNTUK KAMU SETELAH MEREKA MEMEJAMKAN MATA??


Salam Terakhir.....

Demi sebuah kenyataan.... yang amat menyakitkan...aku yang tidak berdaya...




Dedikasi Khas buatmu Siti Rokiyah Bt Majid.. Ibu yang paling aku sayang..
Selamat Hari ibu,wahai bondaku sayang... Love u forever....

Read more...

Wednesday, May 5, 2010

Pembohongan Seorang Ibu!!!


Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian. Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : ""Makanlah nak ibu tak lapar." – PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.

Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan waktu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik. Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi. Saya sedih melihat ibu seperti itu.. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata : "Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan." – PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.

Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak. Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih dengan beremankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : "Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula." Ibu tersenyum dan berkata : "Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi." – PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.

Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang. Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata : "Minumlah nak, ibu tak haus!!" – PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.

Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan. Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu. Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata : "Saya tidak perlukan cinta dan saya tidak perlukan lelaki." – PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.

Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata : "Jangan susah-susah, ibu ada duit." – PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.

Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara. Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula. Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ; "Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang." – PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.

Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser. Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh diseberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta. Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.. Saya dapat melihat dengan jelas betapa seksanya penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus. Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata : "Jangan menangis nak, ibu tak sakit." – PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN.

Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.

Ibu, maafkan saya. Saya sayangkan ibu…

Read more...

Thursday, April 8, 2010

Darjat Al-Quran

“Sayang, tengok ni. Cantiknya Al-Quran ni.. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran” teriak Aminah kepada Amin..

“Kat sini pun cantik juga. Warna hijau pucuk pisang. Mana satu ye kita nak belikan ni??” balas Amin.

Mereka akan melangsungkan perkahwinan tak lama lagi. Semua hantaran dah lengkap tetapi masih tertinggal satu lagi hantaran yang masih tercari-cari iaitu Al-Quran yang bakal dijadikan hantaran semasa perkahwinan mereka nanti.

“Wow, yang ni lagi best! Ada terjemahan arab lagi tu!” keluh Aminah.

“Ala, sayang bukan reti bahasa arab pun..”
jawab Amin. Sambil tergelak Aminah. Dalam hatinya berbunga-bunga rasanya sebab dapat calon suami seperti Amin. Ambil berat dan prihatin.

“Apa yang encik carikan tu? Kelihatan seronok nampaknya...”
tegur seorang pak cik berbaju putih. Jaluran hijau ke bawah menyerlahkan lagi seri wajah seorang pakcik lebih kurang lingkungan 40-an.....

“Oh, kami cari Al-Quran! Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid katakan..”
sengih Amin. Aminah ikut senyum malu kucing tidak jauh dari situ...

“Oh.. Baguslah. Encik selalu baca waktu bila?”
pakcik menyoal sambil tersenyum.

“Aa.. aa..aa.. lama dah saya tak baca, pakcik“
teragak-agak Amin menjawab. Aminah sudah di sebelah rak yang lain ibarat kepala kura-kura masuk dalam cengkerang.

“Kalau begitu,pak cik cadangkan tak perlu lah encik beli Al-Quran kalau sekadar nk jadikan hantaran. Kesian Al-Quran. Itu bukan kitab hiasan atau hantaran, encik”
tegur pakcik berhemah.

“Alah, pakcik ni!! Kacau pula urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la!!”
tiba-tiba Aminah muncul dengan selamba menjawab...pak cik ni......orang makan rojak pak cik minum ayaq batu campuq,orang x ajak,pak cik masuk campuq!! Jawapan yang angkuh dari Amin...

“Oh, baguslah. Kalau macam tu belilah tafsir Ar-Rahman. Ada tafsiran lagi”
cadangan pakcik saja. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid..

“Ala, besar lah pakcik. Kami nak pilih yang ni. Kiut lagi”
senyum Aminah mengangkat bungkusan Al-Quran warna hijau pucuk pisang. Saiznya kecil dan mudah.

“Jangan lupa baca ya!!”
pakcik dengan selamba berkata sambil meninggalkan pasangan tersebut...

“Sibuk betul pakcik tu”
Aminah mengomel manja.

Amin kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba dalam keadaan mereka tengah berseronok dengan dunia ciptaan mereka..

Tibalah hari yang dinanti-nantikan. Mereka sudah bersolek persis seorang raja dn permaisuri ketika hari pertabalan.. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan melalui ijab dan kabul. Amin dan Aminah tidak sabar-sabar menantikan ungkapan indah tersebut. Pak imam melangkah masuk dengan bergaya.

“Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam memecah keheningan dn memberhentikan suara-suara sumbang dalam masjid.

Amin bagaikan mati hidup semula. Dirinya terkeju dan kaget. Jantungnya bagai gugur serta merta...Peluhnya membasahi seluruh badannya.Bukan taku atau gentar kepada lafaz ijab dan kabul tetapi semuanya gara-gara terkesima melihat imam seiras lelaki hari tu.. Bagaikan tidak percaya apa yang dipandangnya insan yang berada di hadapannya. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih.

“Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Taufiq.

“Ya,pak.... Ustaz.. khabar baik, pak... usta.. ustazz..” jawab Amin mengigil seperti orang kesejukan. Aminah juga terkebil-kebil dan ibarat cacing kepanasan melihat batang tubuh orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.

“Oh, sebelum tu, saya mahu mendengar bacaan adik Amin. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dan ALLAH akan merahmati majlis ini apabila kita mendengar alunan suci Al-Quran dari pengantin” cadang Ustaz Taufiq. Kelihatan orang ramai mengiyakan tanda bersetuju. Maklumlah, ustaz Taufiq merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.

Amin menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.

“Ss.. su.. surah apa ustaz?” Amin cuba mengagahkan diri. Aminah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.

“Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d” kata ustaz Taufiq sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi.

Surah Ar Ra'd

“Apa benda nih” detik hati Amin bermonolog.

“Bismillahirrahmaani rrahim..ALL. .MAA... RIII..!!” berlagu Amin antara dengar dan tidak..

Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Aminah merah padam wajahnya menahan malu. Aminah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas atau bersembunyi..


“Baru ustaz tahu rupa-rupanya ada kalimah almari di dalam Al-Quran. Adik Amin, cara bacanya seperti ini : A’uzubillahiminnassya itaanirrajim. . Bismillahirrahmanir rahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA..” kedengaran suara gemersik merdu alunan Ustaz Taufiq. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama Al-Quran bacaannya...

Amin berasa seperti kilat menyambar kepalanya.

“Amin, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu Al-Quran!! Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina Al-Quran. Beli Al-Quran kemudian menyimpan di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim” tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Taufiq.


“Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Amin, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab Al-Quran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh Al-Quran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan Al-Quran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya..” penutup Ustaz Taufiq sudah dikagumi orang terutama yang pernah mengikuti ceramahnya.

Hari semakin cepat berlalu.Selepas peristiwa itu Amin selalu mendampingi Al-Quran..

Amin sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab Al-Quran yang menjadi hantaran perkahwinan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.

Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Amin. SMS dari ustaz Taufiq masuk dalam fon amin.. Aminah tersenyum disisi suaminya, Amin..


-------------------------------------------------------------------------------------------------


Sekadar Perkongsian


Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'When a man dies and his
relatives are busy in funeral, there stands an extremely handsome man by
his head. When the dead body is shrouded, that man gets in between the
shroud and the chest of the deceased.


Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki
itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang
betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu
berada di antara kain kapan dan si mati.


Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan
Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya
mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai
ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata,
Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang
diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah
tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia
dimasukkan ke dalam Syurga.'


Thereafter he turns to his dead companion and says, 'I am the Qur'an,
which you used to read, sometimes in a loud voice and sometimes in a low
voice. Do not worry. After the interrogation of Munkar and Naker, you will
have no grief.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku
adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara
yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang.
Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'


When the interrogation is over, the handsome man arranges for him from
Al-Mala'ul A'laa (the angels in Heaven) silk bedding filled with musk....


Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada
Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang
dipenuhi bauan kesturi

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'On the Day of Judgement,
before Allah, no other Intercessor will have a greater status than the
Qur'an, neither a Prophet nor an angel.'


Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di
hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran,
mahupun dari nabi atau malaikat.'....

Read more...

Monday, March 15, 2010

Kemenangan Edisi ke 100. Satu Kebanggaan?


Kemenangan Datuk Lee Chong Wei dalam Kejohanan Badminton Seluruh England edisi ke-100 memberikan satu kenangan manis untuk beliau dan rakyat Malaysia. Semalam,seramai lebih kurang 70% rakyat Malaysia menyaksikan detik-detik manis dan saat kemenangan beliau di kaca televisyen yang dibawa secara langsung oleh RTM dari England. Beliau telah menumpaskan pemain remaja dari Jepun, Kenichi Tago dengan keputusan 21-19, 21-19 dalam masa 50 minit. Dengan kemenangan tersebut telah menutup dan memecahkan dominasi "Tembok China" yang selama ini gah dengan harta kemenangan tersebut. Kemenangan tersebut merupakan kejayaan paling berharga kerana ia muncul ketika beliau berada dalam ranking nombor satu dunia.


Sejarah tahun 2003, Muhammad Hafiz Hashim telah menjuarai kejohanan tersebut setelah menanti hampir 37 tahun dengan mengalahkan Chen Hong. Kejayaan tersebut telah membuka mata dan fikiran rakyat Malaysia pada ketika itu. Beliau telah diangkat dan disanjung oleh semua rakyat Malaysia. Namun selepas kemenangan tersebut tiada lagi kemenangan-kemenangan yang beliau sumbangkan untuk rakyat Malaysia. Prestasi Hafiz Hashim jatuh satu tahap ke satu tahap sehingga sekarang.

Pada tahun ini,2010 Datuk Lee Chong Wei mengulangi sekali lagi kejayaan yang beliau idam-idamkan. Walaupun tidak bertarung dengan Laksamana Tembok Besar tetapi kejayaan tersebut boleh dianggap satu kebanggaan untuk dirinya dan rakyat Malaysia. Pemimpin tertinggi Malaysia telah merakamkan jutaan syabas dan tahniah kepada beliau. Antaranya ialah DYMM Yang Dipertuan Agong atas kejayaan beliau.“Kemenangan ini amat besar maknanya kepada negara kita dalam menjayakan gagasan 1Malaysia,apa jua bidang sama ada reka cipta, inovasi, sukan, kebudayaan, kesenian dan sebagainya yang disertai untuk mewakili negara hendaklah dilakukan dengan semangat juang yang tinggi." titah Yang Dipertuan Agong dalam majlis perasmian pembukaan parlimen penggal ke-3. Ungkapan tahniah juga telah diucapkan oleh Menteri Sukan Dan Kebudayaan ketika ditemubual semasa berada di lobi parlimen. "Sasaran kita adalah untuk mendapat emas yang pertama di Sukan Olimpik 2012... jadi kemenangan itu memberikan harapan yang besar dan saya percaya kita mampu untuk melakukannya,” katanya..

Kata-kata pujian dan harapan telah dihamburkan kepada Lee Chong Wei bilamana harapan untuk menikmati pingat emas yang pertama dalam sukan olimpik telah disandarkan kepada Chong Wei. Dari dulu sampai sekarang harapan Malaysia adalah mahu bawa pulang pingat emas. Apabila seseorang ahli sukan itu berjaya mendapat kejayaan terbesar maka harapan untuk mengotakan impian tersebut terletak di bahu dia. Malaysia seolah-olah tiada generasi pelapis yang mampu untuk meneruskan kesinambungan kejayaan tersebut. Semuanya berharap kepada “Kuda Tua” yang semakin lama semakin tua. Dalam semua rakyat Malaysia berbangga dengan kemenangan tersebut dan masing-masing sedang mencongak harapan menggunung dalam sukan olimpik,perlu kita ingat bahawa kejayaan tersebut tidak boleh dijadikan kayu pengukur dalam menentukan kejayaan. Selagi mana musuh utama tidak ditumpaskan di tangan sendiri,selagi itulah kejayaan tersebut tidak memberi sebarang makna. Jika kemenangan ini sudah dibangga-banggakan atau diagung-agungkan sudah pasti suatu hari nanti kita akan lihat satu persatu atlet kita terkulai layu lemah apabila berhadapan musuh. Kita rakyat Malaysia sudah bangga dengan satu-satu kejuaraan yang dicapai tetapi tidak memandang atau mengakui bahawa kita banyak kelemahan dalam melahirkan sang juara. Dalam kejohanan tersebut kita hanya menang satu acara sahaja daripada lima acara. Mana lagi empat acara?? Kita boleh berbangga andai kita menang semua acara tersebut tetapi kita baru menang satu acara sudah berbangga dn riuh ibarat ayam betina bertelur. Telur sebiji riuh sekampung.


Kesimpulannya, anggap setiap kemenangan tersebut adalah cabaran dari Pencipta supaya kita berusaha untuk mengekalkan kemenangan bukan untuk kita agung dan banggakan. ALLAH akan memberi kejayaan kepada umat-NYA sekiranya dia bersyukur, berusaha dan menyerah kepada ALLAH.

Sekalung Tahniah Buat Datuk Lee Chong Wei.

Read more...

About This Blog

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP