Monday, March 1, 2010

Suara Anak Muda Mencetus Fenomena

Salam perjuangan..

Sejarah telah mencoretkan warna-warni dunia telah dilakar oleh golongan anak muda kerana mereka mempunyai azam yang kukuh,semangat membara dan kecerdikan idealisme dalam menjadi agen perubahan.Petikan dari kata-kata tokoh mahasiswa iaitu "Dunia ini adalah milik anak muda yakni mahasiswa tanpa mereka nescaya dunia tidak akan berubah!!".Pelbagai perubahan telah berlaku tidak kira dari sudut ekonomi,sosial atau politik
Lipatan sejarah telah membuktikan bahawa babak-babak perubahan dunia telah dibentuk sejak zaman nabi adam lagi.Dimana pada ketika itu telah berlaku pembunuhan pertama di dunia.Seterusnya,kita singkap sejarah yang berlaku pada zaman nabi yang paling agung iaitu nabi Muhammad S.A.W.Seruan jihad baginda kepada anak muda ketika itu telah menyebabkan obor Islam tersebar dengan meluas sehingga hari ini.Semangat mereka didasari kefahaman yang jelas dalam proses pengajaran di Madrasah Rasulullah sehingga sanggup berdada bersama nabi dan menyingsing lengan dalam menghapuskan penguasa yang zalim dan menongkah arus serta menerjah arus jahilliyyah pada ketika itu.Antara anak muda yang memperjuang mempertahankan Islam ialah Mus'ab B Umair,Talhah B Ubaidillah,Zubir Al-Awwam,Uthman B Affan dan Arqam B Abi Arqam.Mereka ini telah diasuh dengan semangat kental oleh baginda.
Suara anak muda pada ketika itu telah menggerun pihak kafir Quraisy sehingga mereka bertindak untuk memperangi seruan jihad anak muda yang telah ditiup oleh nabi.
(Part 1)

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP